Sunday 13 April 2014

RESDUNG..BAHAYAKAH???



Apakah Yang Anda Tahu Tentang Resdung 


‘Resdung’

 Maksud  Kamus Dewan: sebagai
 penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus.

Istilah Perubatan Tradisional : Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan

Percayakah anda...
 resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. 




Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya.
 Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini 
mengalami penyakit resdung yang serius.

  Tanda-tanda resdung :

> Gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat,
> Sakit kepala terutama di dahi dan pipi,
> Kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. 


Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'.

 Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. 

Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. 

Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.


APAKAH SINUS ?

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung. 


APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL

Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.


Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid


APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. 

Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis. 

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut. 

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. 

Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan. 

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur. 

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. 
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik. 

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus


Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung. 


GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)



• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya 


KEMUDRATAN RESDUNG(SINUSITIS)


• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.


JENIS RESDUNG(SINUSITIS)

* Akut
* Kronik

AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. 

Antara ciri-cirinya ialah :


* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK



Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk 
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. 
• Kerap bersin pada waktu pagi 
• Ada kalanya hidung tersumbat 
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah 
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala 
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling. 

INDIVIDU BERISIKO

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus. 

KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.


* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.


* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. 

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. 

Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.


Cegahlah resdung anda sebelum menjadi parah

Jom..gunakan set resdung Shaklee yang sentiasa...

Selamat
Semulajadi
Berkesan




Apa yang ada dalam set resdung shaklee


Alfalfa 
Sumber yang kaya dengan kandungan klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat ekzema, resdung, alergi dan gegata. Tetapi dinasihatkan agar mereka yang menghidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil alfalfa sebagai makanan tambahan mereka.


B-Complex
Kandungan B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaranantibodi badan. Ia juga membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, serta sebagai anti stress.


Vitamin C
Sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”.
“Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit alahan yang lain. 
Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tisu badan

Ingin dapatkan maklumat dan kondultasi lebih terperinci???

Hubungi kami : pm/sms/whatassap/telegram 012 6990137

Saturday 5 April 2014

Set Migrain Shaklee

SAKIT KEPALA..MIGRAIN!!!!





Migrain merupakan sejenis penyakit yang dianggap biasa oleh kebanyakan orang. Namun..apabila kesakitan ini menyerang,hanya pengidap migrain yang tahu betapa seksanya dunia ini dirasakan. Saya  pernah mempunyai seorang kawan yang mengidap migrain sewaktu zaman sekolah.Apabila migrainnya menyerang, dan dia tidak tertahan..sanggup dia menghentak kepalanya ke dinding.Seksa sungguh melihatnya.Migrain tidak boleh dipandang remeh..jika berlarutan boleh meninggalkan impak yang lebih berbahaya





Punca-punca migraian

·  Kekurangan zat dan nutrisi

·  Faktor keturunan

·  Kesan dari pengambilan ubat-ubatan

·  Wanita yang mengalami haid atau pra-haid

·  Terlalu banyak mengambil kafein

·  Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Kalau sakit sangat tu, mesti kita dah tak kisahkan nak ambil PONSTAN ke PANADOL ke asalkan migrain tu hilang.. TAPI AWAS!!! Pengambilan ubat-ubatan seperti ni boleh mendatangkan risiko untuk jangka masa panjang.

So, langkah mudah dan selamat untuk atasi migrain adalah dengan pengambilan supplement yang natural serta mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada dadah dan sebagainya.


Apa kata anda cuba SET MIGRAIN SHAKLEE yang terbukti 100% selamat.


Antara supplement dalam SET MIGRAIN SHAKLEE ialah:


B COMPLEX

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, malah mencegah penyakit-penyakit lain seperti depression dan strok.

OSTEMATRIX (kombinasi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



Bagi yang berminat untuk mendapatkan 2 produk yang hot dalam SET MIGRAIN SHAKLEE seperti di atas, boleh hubungi saya:

sms / pm/ whatassap /instragam  012 6990137.


Set Tambah Berat Badan Shaklee

Anda Terlalu KURUS???







Manusia ni pelbagai sifat dan ragamnya..Ada yang gemuk nak kurus,Yang kurus nak pulak gemuk.Ye la..kalau kurus sangat pun jadi macam papan lapis..kering je...macam tak makan..padahal negara kita ni kaya dengan makanan. 

Sebenarnya kalau terlalu kurus atau underweight ni pun akan memberi kesan:

1. Rasa kurang keyakinan diri. badan macam budak sekolah tingkatan satu je...
2.Susah untuk hamil: bagi golongan wanita.
3.Mudah diserang penyakit
4.Mudah diserang masalah tulang rapuh.

Jom tengok indeks BMI..betul ke kita ni kurus sangat???


Kalau kita dalam kategori kurus..jom lihat..apa yang Shaklee syorkan agar berat badan dapat ditambah menjadi ideal dan sedap mata memandang.





Vitalea Iron Formula
 Multivitamin yang hebat sebagai suplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.


Vitamin B complex
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Meal Shakes 
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. 

Cara pengambilan

Anda perlu mengambil Vitalea, B Complex dan Meal Shakes mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selepas sebulan bergantung kepada setiap individu.

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2..janji mesti ada daging/ayam /telur/ikan)
Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Meal Shakes)
Makan B Complex (1 biji) dan Vitalea (1 biji) dengan air kosong.Makan B Complex (1 biji) dan Vitalea (1 biji) dengan air kosong.
Brunch (Makan dalam jam 10 pagi iaitu makan antara makan pagi dan makan tengah hari) :
Makan roti, Minum susu 1 gelas

Tengah hari /lunch:
Makan siang yang bergizi seperti biasa seperti -nasi plus lauk ayam/ikan/daging.
 (Tak perlu makan banyak)

Minum Petang /Tea time:
Makan roti, Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam:
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi + lauk.. Tak perlu makan banyak).
 Makan Vitalea 1 biji.

10 minit sebelum tidur:
Makan roti sekeping. Minum susu 1 gelas


PERATURAN /RULES
Senaman sehari 10 minit paling kurang...tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukuplah dengan mengangkat botol air mineral yang 500 liter tu. Angkat macam angkat berat. Ataupun skipping atau apa-apa senaman untuk membina otot badan dan jangan makan makanan ringan dan ikut jadual ni selama sebulan.


Jom lihat kisah ibu yang penyayang

Tahniah kepada kawan sekerja saya kerana begitu prihatin terhadap anak daranya.Kakak ni telah berjumpa saya dan bertanya tentang set tambah berat badan untu anak daranya. Katanya anak daranya kurus sangat..macam budak-budak sekolah. So..dia pun belikan set tambah berat badan ini untuk anaknya.Dalam hati saya..penyayang sungguh ibu ini. Setelah hampir sebulan..saya dapat berita gembira..kakak ni maklumkan bahawa berat anaknya dah bertambah 3 kg.Alhamdulillah..saya pula yang teruja. Semoga terus dapat berat badan yang ideal.


Lihat pula testimoni di bawah ni





Berminat???

Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

Pm/ sms / whatassp / instagram 012 6990137.

Friday 4 April 2014

Katakan TIDAK kepada PANADOL..Tukar kepada B Complex Shaklee

Secara jujurnya pernahkah anda mengambil panadol??

1. Jarang : Kalau terpaksa..barula telan..
2.Kadang-kadang :Inilah ubat saya kalau sakit kepala/pening kepala
3.Selalu: Saya ni jenis selalu sakit kepala..migrain..so..memang bergantung harap kepada panadol.
4.Tak pernah : saya ni jenis tak makan ubat.. sakit macam manapun saya akan cari alternatif lain.

Dimanakah anda??? no 1, 2.atau 3..atau 4??

Kalau saya..no 1..sebabnya saya memang jenis tak suka makan ubat sejak kecil lagi.Kalau sakit sikit-sikit memang tahan je,,kalau dah terpaksa sangat-sangat barulah telan...itupun setengah biji atau sebiji paling banyak... Kalau nak di kira..dalam dua tahun..ada la sekali dua kali. Alhamdulillah..setakat ini Allah masih mengurniakan nikmat kesihatan tubuh badan.

Bagaimana dengan anda semua??.
Kalau no 4 tu rasanya..mustahil sangat..takdelah yang langsung takpernah telan panadol..tetapi manalah tahu..ada juga insan yang begitu teguh pendiriannya seperti ini.

AWAS ye....kalau anda berada dalam kategori no 3... sangat-sangat bahaya
Anda yang berada dalam kategori no 3 ni biasanya individu yang sering sakit kepala/pening kepala..ataupun dalam bahasa paling mudahnya..anda pengidap MIGRAIN. Jadi..anda sering mengambil panadol..sikit-sikit panadol..sikit-sikit ubat tahan sakit ni..Tahukah anda semua apakah sebenarnya panadol atau ubat tahan sakit ini...

Jom baca artikel di bawah...

 Kredit kepada omaQ.org

--------

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

 --------

Bahayakan!!!!

Dari artikel ini dapat disimpulkan bahawa:

1.Panadol bertoksik dan akan kekal dalam badan kita sekurang-kurangnya 5 tahun.

2.Panadol..pain kiler..semakin banyak anda mengambilnya..akan memberi kesan sifar kepada kesakitan..so perlu ubat yang lebih kuat.

So..segeralah tukar panadol kepada suppliment Shaklee yang ternyata semulajadi, selamat dan berkesan. B Complex Shaklee ternyata mampu melegakan kesakitan tersebut.






Kenapa B Complex Shaklee?

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B yang lengkap berikut:
1.                   Vitamin B1 (Thiamin)
2.                  Vitamin B2 (Riboflavin)
3.                  Vitamin B3 (Niacin)
4.                  Vitamin B5 (Pantothenic acid)
5.                   Vitamin B6 (Pyridoxine)
6.                  Vitamin B9 (Folic acid)
7.                   Vitamin B12 (Cobalamin) 
8.                  Biotin

Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Namun, B Complex Shaklee bukanlah untuk melegakan sakit kepala/migrain semata. Selain daripada mengurangkan risiko diserang migrain, kandungan Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee turut mencegah penyakit-penyakit lain seperti strok, depresi, mencegah anemia, membantu tumbesaran dan sebagainya. Banyak sungguh kebaikan B Complex ni. Akan saya ceritakan dalam entry yang lain nanti ye :)

B Complex harus menjadi pilihan  kerana ianya terbukti berkesan, halal, semulajadi, bebas dadah, bahan kimia, bahan pengawet mahupun perasa tiruan. Semestinya B Complex adalah penyelesaian terbaik berbanding makan ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.

Berminat???

Ingin maklumat lebih lanjut???

Pm/ sms/ whatassap /instagram  012 6990137